Hello! Apa khabar?
I am Nas.
BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
PETRONAS Dagangan Catat Keuntungan Sebelum Cukai Lebih Tinggi Bagi 1H TK2025

KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2025 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini mengumumkan peningkatan sebanyak 8 peratus dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM783.0 juta bagi separuh pertama tahun kewangan 2025 (1H TK2025), berbanding RM722.9 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. Pencapaian ini disokong oleh kecemerlangan operasi dan komersial Syarikat di samping perbelanjaan yang lebih rendah, meskipun berdepan keadaan pasaran yang mencabar serta harga yang lebih rendah,

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025, PDB mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM373.8 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (S2 TK2025), menandakan penurunan 6 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu (S2 TK2024) berikutan margin yang lebih lemah.

Meski berdepan tekanan luaran, volum jualan keseluruhan kekal stabil, disokong oleh permintaan kukuh dalam segmen Komersial, khususnya bahan api penerbangan dan Diesel. Keputusan ini mengimbangi prestasi segmen Runcit yang lebih perlahan berikutan penurunan volum seiring dengan normalisasi perjalanan dan perbelanjaan pengguna yang lebih berhati-hati.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Azrul Osman Rani berkata, “Menempuh suku ini menuntut kami untuk kekal berdisiplin dan berstrategi dengan memberi fokus terhadap bagaimana setiap segmen memberi nilai. Segmen Komersial kekal kukuh dengan memenuhi permintaan secara konsisten, manakala segmen Runcit dibangunkan untuk jangka panjang melalui pelaburan terpilih, pengukuhan kesetiaan pelanggan dan pengalaman pelanggan yang berbeza. Matlamat kami adalah membina perniagaan yang berjaya hari ini dan bersedia untuk masa hadapan.”

Melangkah ke hadapan, PDB mengakui bahawa dinamik perdagangan yang berubah serta ketegangan geopolitik akan terus membentuk prospek global. Di dalam negara, ekonomi Malaysia dijangka kekal stabil, didukung oleh permintaan sihat dan dasar yang berkesan. Dalam landskap ini, PDB akan terus memantau dinamik pasaran dengan teliti dan melaksanakan strategi yang disasarkan, sambil kekal berwaspada terhadap kos serta ketidaktentuan.

Azrul menambah, "Fokus kami adalah untuk membina perniagaan yang mendapat tempatnya dengan pelanggan setiap hari. Ini bermakna membuat pilihan yang bijak, sentiasa menyesuaikan diri dan memastikan pertumbuhan kami memberikan nilai yang berkekalan, dengan cara yang menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih bermanfaat untuk pelanggan kami."

PDB telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 22 sen sesaham biasa bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025.


FUEL PRICE 

per litre as at 8 Mar 2019, 12:01 AM

PETRONAS PRIMAX 95 WITH PRO-DRIVE

RM1.89

PETRONAS PRIMAX 97

RM2.15

PETRONAS DYNAMIC DIESEL

RM1.84

PETRONAS DYNAMIC DIESEL EURO5

RM1.94

Ooops!
Generic Popup