PETRONAS Dagangan Berhad Lancar Kempen Mesra Bonanza Lagi Onz

KUALA LUMPUR, 1 November 2022 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini telah melancarkan edisi kempen ganjaran kesetiaan lebih mudah dan inklusif yang paling dinanti-nantikan, Mesra Bonanza Lagi Onz, dengan kerjasama syarikat teknologi pembayaran terkemuka – Visa – yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000 kepada 1,200 pemenang bertuah.

Kempen ini akan berlangsung selama tiga bulan dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023 dan akan menyaksikan seorang pemenang membawa pulang hadiah utama EQA oleh Mercedes-EQ, manakala dua pemenang hadiah kedua akan memenangi baucar percutian bernilai RM15,000.

Di samping itu, hamper 400 pemenang bulanan akan menerima hadiah menarik seperti motosikal Honda, iPhone 14, baucar minyak, Setel dan beli-belah serta mata ganjaran Mesra.

Bercakap tentang kempen ini, Pengurus Besar, Bahagian Runcit (Bahan Api) PDB, Norazlan Subaha berkata, “PDB amat fokus dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan memudahkan urusan mereka di semua platform kami. Kami sentiasa mencari cara terbaik untuk menggembirakan pelanggan setia kami.”

“Hari ini, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Mesra Bonanza Lagi Onz, kempen ganjaran kesetiaan yang amat mudah dan inklusif. Kami yakin kempen ini akan membuat pelanggan kami teruja,” tambah Norazlan.

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 untuk bahan api di mana-mana stesen PETRONAS atau RM10 untuk transaksi di Kedai Mesra dalam satu resit untuk memenangi hadiah bulanan; atau berbelanja kumulatif RM700 sepanjang tempoh kempen untuk berpeluang memenangi hadiah utama. Pelanggan yang menggunakan aplikasi Setel akan berpeluang untuk mendapat 2X penyertaan; manakala mereka yang menggunakan kad kredit/debit Visa atau CardTerus di aplikasi Setel layak mendapat 4X penyertaan.

“Kami berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan PETRONAS dalam kempen Mesra Bonanza. Pemegang kad kami yang dihargai berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah bernilai lebih RM500,000 apabila mereka membuat pembayaran untuk membeli minyak dan barangan lain di PETRONAS menggunakan kad Visa mereka. Kami sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi kami dalam menganjurkan kempen yang memberi manfaat untuk pemegang kad kami dan memacu peningkatan penggunaan pembayaran digital di Malaysia,” tambah Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Mesra Bonanza Lagi Onz, layari laman web ini.
Ooops!
Generic Popup