PETRONAS Dagangan Berhad (PETRONAS Dagangan) ingin menjelaskan tujuan penggunaan butang kecemasan di pam minyak berikutan hantaran media sosial baru-baru ini.
Butang kecemasan adalah ciri keselamatan penting yang direka khusus untuk digunakan semasa kecemasan seperti kebakaran, kebocoran bahan api atau situasi berbahaya yang lain. Kami menyeru agar semua pelanggan dan pihak berkepentingan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dengan menggunakan butang kecemasan hanya dalam situasi yang sepatutnya. Sila maklumkan kepada kakitangan kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang membimbangkan dan mencurigakan atau tidak wajar berlaku di stesen.
Di PETRONAS Dagangan, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami komited untuk menyediakan pengalaman mengisi minyak yang selamat, terjamin dan lancar di semua stesen PETRONAS. Kami menghargai sokongan dan kerjasama orang ramai dalam usaha kita untuk mengekalkan nilai-nilai ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Mesralink di 1-800-88-8181 atau lawati laman sesawang kami di
www.mymesra.com.my.