Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Penjelasan Mengenai Ketersediaan Silinder Gas PETRONAS 12kg

PETRONAS Dagangan Berhad telah dimaklumkan mengenai pengumuman tidak tepat daripada sumber yang tidak sah di platform pemesejan berhubung pemberhentian pertukaran silinder Gas PETRONAS 12kg selepas 31 Mei 2024.

PETRONAS Dagangan kekal komited untuk menjadikan kehidupan pelanggan kami lebih mudah dan bermanfaat dengan menyediakan pelbagai pilihan gas memasak bagi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh Malaysia. Walaupun kami giat menggalakkan peralihan kepada silinder Gas PETRONAS 14kg kerana ia memberi lebih nilai dan kemudahan, pelanggan masih boleh menukar silinder Gas PETRONAS 12kg mereka di lokasi yang ditawarkan buat masa ini.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin meyakinkan para pelanggan bahawa kami sedang berusaha untuk menangani perkara ini.

Sementara itu, kami ingin menasihatkan para pelanggan yang dihargai untuk merujuk kepada saluran rasmi kami atau menghubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ooops!
Generic Popup