Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording

Kami amat berbangga and berbesar hati mengumumkan bahawa PDB telah memenangi Anugerah Perak dalam kategori Inovasi Pemasaran di APPIES 2021 Malaysia. Pada APPIES tahun ini, kemenangan kami tertumpu kepada kempen pelancaran dan pemasaran PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race, produk bahan api terbaharu dari rangkaian Ron 97. Kempen ini juga merupakan pelancaran pertama yang dilakukan secara langsung di media digital.

Setelah melancarkan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive pada tahun 2019, kami mencapai satu lagi tanda aras pada bulan Disember 2020 dengan memperkenalkan teknologi yang lebih baik kepada PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race bagi memenuhi spesifikasi enjin berteknologi tinggi pada masa kini. Dengan ini, kami secara berterusan mencipta penyelesaian yang progresif dan relevan dengan keperluan pelanggan sekaligus berharap dapat memudahkan kehidupan mereka.

Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda. Tanpa anda, kemenangan ini tidak mungkin kami kecapi.

Sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif, kami berharap dapat terus menjadikan kehidupan seharian anda lebih mudah dan lebih bermanfaat.

Ketahui lebih lanjut di sini.

Ooops!
Generic Popup