Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Notis: Penghentian Jualan e-Baucar Petrol/Bahan Api PETRONAS melalui Pay’s Gift (Berkuat Kuasa 7 Oktober 2025)
Notis: Penghentian Jualan e-Baucar Petrol/Bahan Api PETRONAS melalui Pay’s Gift (Berkuat Kuasa 7 Oktober 2025)

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin memaklumkan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan bahawa jualan e-baucar bahan api PETRONAS melalui Pay’s Gift telah dihentikan berkuat kuasa 7 Oktober 2025, sebelum penamatan kerjasama kami dengan Pay’s Gift pada 7 Januari 2026.

Semua e-baucar yang telah dibeli sebelum ini masih sah dan boleh ditebus di stesen PETRONAS di seluruh negara. Pelanggan dinasihatkan untuk mengambil maklum perkara berikut:
  • Jika e-baucar anda tamat tempoh sebelum 7 Januari 2026, sila tebus mengikut tarikh sah laku yang tertera.
  • Jika e-baucar anda menunjukkan tarikh sah laku selepas 7 Januari 2026, ia mesti ditebus selewat-lewatnya pada 7 Januari 2026.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada saat akhir, pelanggan digalakkan untuk menebus e-baucar mereka lebih awal.

Kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pelanggan, dan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai produk serta perkhidmatan kami.
Ooops!
Generic Popup