25 DISEMBER 2025, 9.30 MALAM – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin memaklumkan sejumlah kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di stesen PETRONAS Samarahan Expressway semalam.
Stesen tersebut ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan beroperasi semula pada hari yang sama.
PDB ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa stesen PETRONAS yang lain beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas.
PDB telah menghubungi pelanggan yang terlibat dan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera.
PDB memandang serius perkara ini dan ikhlas memohon maaf kepada semua pelanggan atas sebarang kesulitan yang dialami.
Untuk bantuan segera, sila hubungi Mesralink at 1-300-88-8181.