Hello! Apa khabar?
I am Nas.
BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Diesel di Stesen PETRONAS Kini Semua Euro-5
Kuala Lumpur, 1 October 2021 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini mengumumkan bahawa semua diesel yang dijual di stesen PETRONAS kini mematuhi piawaian Euro 5. Diesel berjenama PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive terdapat dalam pelbagai campuran biodiesel iaitu B7 daripada nozel biru serta B10 dan B20 daripada nozel hitam di stesen PETRONAS.

Dengan ketersediaan bahan api ini di lebih daripada 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara, pengguna kenderaan kini dapat mengakses dan menikmati kelebihan diesel Euro 5 yang mengandungi 50 kali pengurangan sulfur 50 kali berbanding diesel sebelum ini bagi pemanduan yang lebih bersih, dengan lebih mudah. Selain itu, formulasi Pro-Driven menjanjikan untuk memberikan penjimatan bahan api dan pemanduan lebih lancar. Ketiga-tiga varian campuran biodiesel – dengan komponen tujuh peratus, 10 peratus dan 20 peratus berasaskan bio – juga memastikan pelepasan karbon lebih rendah seiring dengan agenda kelestarian Kerajaan dan PETRONAS.

Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri berkata, “Kami berbesar hati kerana telah berjaya mewujudkan rangkaian terbesar dan paling mudah diakses untuk diesel Euro 5 di Malaysia. Ketiga-tiga campuran biodiesel PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memastikan semua pengguna kenderaan mempunyai akses kepada pilihan bahan api yang lebih bersih, yang bukan sahaja lebih baik untuk kenderaan mereka, tetapi juga menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah.”

“Selain daripada mematuhi piawaian Euro 5 yang dimandatkan oleh Kerajaan, formulasi unik kami memberikan pemanduan lebih kuasa untuk perjalanan yang lebih lancar dan lebih jauh di jalan raya. Ini adalah sebahagian daripada janji PDB untuk menjadikan kehidupan harian pelanggan kita lebih mudah dan bermanfaat," tambah beliau.
PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memberikan tiga kelebihan utama untuk kenderaan diesel:
  • Bersih: Membersihkan dan melindungi bahagian kritikal enjin diesel bagi memanjangkan hayat enjin;
  • Efisien: Meningkatkan pembakaran, mengoptimumkan prestasi enjin, dan memberikan penjimatan bahan api yang lebih banyak; dan
  • Lancar: Permulaan yang lebih mudah, kurang getaran, dan pemanduan yang lebih lancar untuk perjalanan yang lebih baik.

Untuk maklumat selanjutnya tentang PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, lawati laman www.dynamicdiesel.my

FUEL PRICE 

per litre as at 8 Mar 2019, 12:01 AM

PETRONAS PRIMAX 95 WITH PRO-DRIVE

RM1.89

PETRONAS PRIMAX 97

RM2.15

PETRONAS DYNAMIC DIESEL

RM1.84

PETRONAS DYNAMIC DIESEL EURO5

RM1.94

Ooops!
Generic Popup