Amaran Penipuan: Pengumuman Palsu Berkaitan Pemenang Kempen

PETRONAS telah dimaklumkan tentang pengumuman palsu oleh pihak yang tidak sah, mengandungi nama Syarikat kami yang mendakwa bahawa penerima telah memenangi peraduan berkaitan PETRONAS melalui emel dan media sosial.

Kami ingin memaklumkan bahawa PETRONAS dan mana-mana anak syarikat di bawah Kumpulan Syarikat kami tidak terlibat dalam aktiviti penipuan ini. Kami menyeru orang ramai untuk tidak memberi sebarang respon terhadap penipuan ini, dan berhati-hati apabila menerima sebarang surat-menyurat, tawaran atau permintaan yang mendakwa mereka daripada PETRONAS atau anak syarikat kami.

PETRONAS telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung perkara ini.

Kami ingin menekankan bahawa PETRONAS mempunyai protokol yang ketat untuk pengumuman pemenang. Wakil rasmi kami akan menghubungi pemenang melalui panggilan telefon terlebih dahulu, diikuti dengan emel daripada domain emel kami yang sah. Seterusnya, pengumuman akan dibuat di platform media digital rasmi kami, iaitu www.mymesra.com.my dan @petronasbrands di Facebook dan Instagram.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa anda sebagai pemenang peraduan dan ambil maklum bahawa PETRONAS tidak akan meminta sebarang maklumat peribadi atau bayaran untuk menuntut sebarang hadiah. Jika anda mendapat permintaan sedemikian, kami menggesa anda untuk mengesahkan dan melaporkannya kepada Mesralink di 1-300-88-8181 dengan kadar segera.
Ooops!
Generic Popup