Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Amaran Penipuan: Aktiviti Penipuan Melibatkan Tawaran Pengedaran Palsu

PETRONAS Dagangan Berhad (PETRONAS Dagangan) telah dimaklumkan mengenai aktiviti penipuan melibatkan individu yang menyamar sebagai wakil kami dan menawarkan peluang pelantikan pengedar kepada orang awam dengan bayaran.

Kami ingin memaklumkan bahawa PETRONAS Dagangan tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk urusan pelantikan pengedar. Semua pengambilan pengedar akan diumumkan melalui platform media digital rasmi kami, iaitu www.mymesra.com.my dan @petronasbrands di Facebook dan Instagram.

Laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini. Sementara itu, kami menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan mana-mana individu yang mendakwa mewakili PETRONAS Dagangan di luar saluran rasmi kami. Jika anda menerima permintaan sebegini, sila laporkannya segera kepada Mesralink di 1-300-88-8181.

Kami kekal komited untuk melindungi pelanggan kami dan mengekalkan integriti operasi perniagaan kami.
Ooops!
Generic Popup