Selamat Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2018!

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!
Sempena bulan ini, mari saksikan detik-detik #CeritaKita dari lensa mereka ini!

Wira LPG Di Pedalaman Sarawak - #CeritaKita
Sebagai warga Malaysia, Ling Lee Hua memilih gas memasak PETRONAS untuk dibekalkan kepada penduduk di pedalaman Sarawak. Dengan bot panjang, laut bergelora dan ombak besar sanggup diredah ketika mengangkut ribuan silinder LPG setiap bulan ke Pulau Bruit agar penduduknya tidak terputus bekalan. Meskipun botnya pernah karam dan kehilangan lebih 100 buah silinder gas, semangatnya tidak pernah luntur untuk terus berbakti kepada penduduk pulau di mana dia lahir dan membesar.

Ling Lee Hua ibarat wira bagi penduduk Pulau Bruit yang memastikan mereka dapat menikmati kemudahan memasak sama seperti penduduk bandar yang lain.

#CeritaKita #Merdeka #SelamatHariKebangsaan #SelamatHariMalaysia


Kelahiran Tak Diduga - #CeritaKita
Detik-detik cemas kelahiran bayi di dalam kereta dilalui oleh Krew Stesen PETRONAS Behrang 2020, Perak pada tahun 2016. Ketika itu Nurul Hawa Mohd Sanif yang sarat mengandung berada dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Malim bersama kakaknya.

Namun stesen PETRONAS Behrang 2020 akhirnya menjadi lokasi kelahiran anak kedua Nurul Hawa. Krew PETRONAS berjaya menangani situasi kecemasan itu dengan baik sungguhpun berhadapan dengan keadaan yang genting membabitkan nyawa ibu dan anak.

Peristiwa ini mengeratkan hubungan kekeluargaan antara Nurul Hawa dan Krew PETRONAS, juga turut menyerlahkan jiwa tulen rakyat Malaysia yang sedia membantu dalam apa jua keadaan.

#CeritaKita #Merdeka #SelamatHariKebangsaan #SelamatHariMalaysia


Ibarat Keluarga Sendiri - #CeritaKita
Stesen PETRONAS Taman Maluri, di Cheras, Kuala Lumpur menjadi lokasi tumpuan kanak-kanak sekolah menunggu ibu bapa setelah tamat waktu sekolah. Kebanyakan kanak-kanak ini serta ibu bapa mereka dikenali oleh Krew PETRONAS Taman Maluri dan ini menimbulkan rasa percaya di pihak ibu bapa dan sikap prihatin di kalangan Krew PETRONAS.

Stesen ini menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di samping Krew PETRONAS yang sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak ini kerana mereka ibarat ahli keluarga sendiri. Ini menjadi contoh baik bagaimana rakyat Malaysia bersatu hati memelihara keharmonian komuniti setempat.

#CeritaKita #Merdeka #SelamatHariKebangsaan #SelamatHariMalaysia

Mural PETRONAS Sempena Merdeka  #CeritaKita
7 lokasi di seluruh Malaysia. 7 lukisan mural di stesen PETRONAS.

Siri lukisan mural PETRONAS bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia mencerminkan keunikan dan keindahan Malaysia. Terokai lokasi mural di stesen PETRONAS terpilih dan anda akan jatuh cinta dengan Malaysia sekali lagi.

1. Stesen PETRONAS Solaris Putra, Serdang: Suasana pasar malam, tradisi yang masih berkekalan.
2. Stesen PETRONAS Tapah, Perak: Salah satu air terjun tertinggi di Malaysia, Lata Kinjang.
3. Stesen PETRONAS Batu Feringgi, Pulau Pinang: Cinta terhadap makanan tempatan.
4. The Place, Ampang (Stesen PETRONAS Jalan Kolam Ayer Lama): Waktu berlepak bersama orang yang tersayang di era digital
5. Stesen PETRONAS MITC, Melaka: Warisan pelbagai budaya di bandar bersejarah Melaka.
6. Stesen PETRONAS Peramu 2, Pahang: Mempamerkan keindahan hutan rimba di Malaysia, terutamanya Taman Negara
7. Stesen PETRONAS Luyang, Sabah: Salah satu ikon negara, Gunung Kinabalu.

#CeritaKita #Merdeka #SelamatHariKebangsaan #SelamatHariMalaysia

Impian Menjadi Kenyataan #CeritaKita
Shaidi Mohmad Zin bermula sebagai kakitangan PETRONAS dan melangkah setapak demi setapak sehingga menjadi rakan niaga PETRONAS yang berjaya. Impiannya untuk mengurus Stesen PETRONAS menjadi kenyataan setelah 10 tahun berusaha dengan gigih mendalami selok-belok perniagaan. Kini beliau mengusahakan Stesen PETRONAS Pengkalan Utama di Ipoh, Perak.

Sebagai anak Malaysia, Shaidi membuktikan bahawa jika ada kemahuan serta azam yang kuat, pasti ada jalan untuk menggenggam kejayaan.

#ceritakita #selamatharikebangsaan #selamatharimalaysia


Nantikan video #ceritakita yang seterusnya!

Rate This Article
Did you find this useful or informative?