Mesra Bonanza

Hanya leretkan Kad Mesra untuk memenangi hadiah hebat setiap bulan dari April sehingga Disember 2018!


HADIAH UTAMA
Dengan perbelanjaan terkumpul RM500 dalam masa 2 bulan berturut-turut.
3x Pakej Menyaksikan Perlumbaan Formula 1* di Luar Negara
bernilai sehingga RM40,000 setiap satu
10x Pakej Pelancongan ke Destinasi Pilihan
bernilai sehingga RM20,000 setiap satu
14x Yamaha NVX 155cc
bernilai lebih RM10,000 setiap satu
14x Samsung 55" Curved Smart Full HD TV
bernilai sehingga RM3,700 setiap satu


HADIAH BULANAN
Dengan setiap perbelanjaan RM30 dalam satu resit (minyak atau bukan minyak; atau kedua-duanya sekali)
 



SENARAI PEMENANG
Tahniah kepada pemenang-pemenang Mesra Bonanza! Untuk melihat senarai pemenang, sila klik butang di bawah:


FAQ
  • Bilakah tempoh masa kempen berlangsung?
    Bermula dari 16 April 2018 12.01am sehingga 31 Disember 2018, 11.59pm.

  • Adakah semua stesen PETRONAS terlibat dalam kempen ini?
    Ya, semua stesen PETRONAS terlibat dalam kempen ini.

  • Bagaimanakah mekanisma untuk menyertai kempen ini?
    Untuk melayakkan diri dalam kempen ini, pelanggan mestilah melakukan pembelian secara berikut:
    1. Hadiah Bulanan
    2. Pelanggan mesti belanja RM30 (minyak atau bukan minyak, atau kedua-duanya) dalam satu resit dan leretkan Kad Mesra untuk mendapat 10 penyertaan.

    3. Hadiah Utama (kategori umum)
    4. Pelanggan mesti belanja jumlah terkumpul sebanyak RM500 dalam masa 2 bulan secara berturut-turut (minyak atau bukan minyak, atau kedua-duanya) dan mesti leretkan Kad Mesra untuk setiap tranksaksi.

    5. Hadiah Utama (kategori PRIMAX97)
    6. Pelanggan mesti belanja jumlah terkumpul sebanyak RM500 dalam masa 2 bulan secara berturut-turut (PRIMAX97 sahaja) dan mesti leretkan Kad Mesra untuk setiap tranksaksi.

  • Apakah tempoh perbelanjaan untuk melayakkan diri bagi Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama?
    1. Hadiah Bulanan:
      • Hari ke-1 sehingga hari ke-30/31 setiap bulan bagi bulan April 2018 sehingga Disember 2018 (kecuali bulan April 2018 di mana hari pertama adalah hari ke-16)

    2. Hadiah Utama (untuk kategori umum dan PRIMAX97):
      • Fasa 1:  16 April 2018 sehingga 31 Mei 2018
      • Fasa 2:  1 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018
      • Fasa 3:  1 November 2018 sehingga 31 Disember 2018

  • Adakah penggunaan Kad Mesra diwajibkan untuk layak menyertai kempen ini?
    Ya. Jika pelanggan masih belum menjadi ahli Kad Mesra, anda boleh mendapatkan Kad Mesra dari mana-mana stesen PETRONAS dan mendaftarkan diri sebagai ahli secara online atau melalui SMS.

  • Adakah pelanggan perlu membuat perbelanjaan minimum untuk menyertai kempen ini?
    Ya, perbelanjaan minimum adalah sebanyak RM30 dalam satu resit (dengan Kad Mesra) untuk mendapat 10 penyertaan untuk layak memenangi Hadiah Bulanan. Untuk Hadiah Utama, pelanggan perlu melakukan perbelanjaan terkumpul sekurang-kurangnya sebanyak RM500 dalam masa 2 bulan berturut-turut (dengan Kad Mesra) untuk layak memenangi Hadiah Utama.

  • Adakah tawaran ini termasuk pembelian Diesel?
    Ya kecuali untuk Hadiah Utama PRIMAX97.

  • Adakah tawaran ini termasuk pembelian rokok, top-up prabayar, Touch N’ Go atau ePay?
    Tidak.

  • Adakah pelanggan SmartPay layak untuk menyertai kempen ini?
    Tidak.

  • Adakah transaksi menggunakan wang tunai, kad kredit/debit atau kad hadiah PETRONAS sah untuk kempen ini?
    Ya.

  • Adakah staf PETRONAS layak untuk menyertai kempen ini?
    Tidak. Staf PETRONAS layak untuk menyertai kempen khusus dengan hadiah yang berlainan.

  • Bagaimana jika pelanggan mempunyai Kad Mesra tetapi belum didaftarkan?
    Pelanggan mesti mendaftarkan Kad Mesra tersebut melalui mana-mana cara di bawah: 
    1. Lawat laman web MyMesra di https://www.mymesra.com.my/pmlp-register.aspx
    2. SMS ke 36732
    3. Hubungi Mesralink agent di talian 1300 22 3333.

  • Bagaimana jika Kad Mesra pelanggan hilang atau rosak?
    1. Laporkan kehilangan/penyekatan kad lama dengan menghubungi Mesralink di 1300 22 3333.
    2. Dapatkan Kad Mesra baru daripada stesen PETRONAS yang terdekat dan pastikan kad tersebut didaftarkan melalui mana-mana cara di bawah:
      1. Lawat laman web MyMesra di  https://www.mymesra.com.my/pmlp-register.aspx
      2. SMS ke 36732
      3. Hubungi Mesralink agent di talian 1300 22 3333.

  • Bagaimana pelanggan boleh mengetahui sama ada berjaya memenangi sebarang hadiah?
    Pemenang akan dihubungi dalam masa 14 hari pada bulan berikutnya melalui SMS/email atau saluran lain.

  • Apakah jenis hadiah utama yang boleh dimenangi jika pelanggan membeli produk PRIMAX97 sahaja melebihi had minimum yang ditetapkan?
    Untuk pelanggan umum:  
    1. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama khas iaitu pakej menonton perlumbaan F1 di luar negara.
    2. Anda juga berpeluang untuk memenangi mana-mana hadiah utama kategori umum.

    Untuk staff PETRONAS:  
    1. Anda hanya berpeluang untuk memenangi mana-mana hadiah utama kategori umum.



Dengan tajaan bersama:
Rate This Article
Did you find this useful or informative?