Kelayakan

  1. Peraduan PETRONAS “Enjoy The Savings. Experience The Power” (“Peraduan”) terbuka kepada semua pelanggan Stesen Servis Petronas yang merupakan warganegara Malaysia berumur lapan belas (18) tahun ke atas (“Peserta”).
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali individu-individu yang berikut TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini:
    1. Kakitangan kumpulan syarikat PETRONAS, isteri/suami dan anak-anak mereka.
    2. Wakil penjual stesen PETRONAS, pekerja, isteri/suami dan anak-anak mereka.
  3. PETRONAS adalah bermaksud Petronas Dagangan Berhad.

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan ini bermula pada 29 Januari 2010 dan berakhir pada 28 Mac 2010 (“Tempoh Peraduan”).

Peraduan

  1. Peraduan in dibahagikan kepada dua (2) kategori:
    1. Peraduan Mingguan (29 Januari 2010 until 28 Mac 2010).
    2. Peraduan Utama (29 Januari 2010 until 28 Mac 2010).

Hadiah Mingguan

  1. Untuk menyertai Peraduan Mingguan, Peserta hendaklah membuat pembelian minimum sebanyak RM30.00 (produk bahan api dan/atau bukan bahan api) di Stesen Servis PETRONAS. Semua Peserta Peraduan Mingguan hendaklah menggunakan Kad Mesra untuk mengesahkan penyertaan mereka.
  2. Setiap pembelian tambahan RM30.00 dalam satu pembelian akan dianggap sebagai satu (1) penyertaan. Sebagai contoh, transaksi sebanyak RM60.00 akan dikira sebagai dua (2) penyertaan dan seterusnya.
  3. Semua penyertaan yang menggunakan Kad Mesra yang diterima pada setiap minggu hanya layak memenangi hadiah pada minggu tersebut sahaja. Penyertaan yang diterima dalam minggu tersebut akan dibawa ke minggu seterusnya.
  4. Pemenang-pemenang Peraduan Mingguan bagi Peraduan ini akan ditentukan melalui satu sistem yang diprogramkan secara elektronik. Keputusan PETRONAS untuk semua perkara berkaitan Peraduan (termasuk pemilihan pemenang melalui satu sistem yang diprogramkan secara elektronik) adalah muktamad. Sebarang surat menyurat berkaitan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
  5. Sepanjang Tempoh Peraduan sejumlah lapan ribu lapan puluh (8080) pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Mingguan yang ditawarkan  seperti yang tersenarai di bawah.
  6. Peraduan Mingguan tidak memerlukan sebarang borang peraduan.
Hadiah Mingguan Tempoh Peraduan 1

(28 Januari 2010 sehingga 3 Februari 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang
Tempoh Peraduan 2

(4 Februari 2010 sehingga 10 Februari 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang
Tempoh Peraduan 3

(11 Februari 2010 sehingga 17 Februari 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang
Tempoh Peraduan 4

(18 Februari 2010 sehingga 24 Februari 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang
Tempoh Peraduan 5

(25 Februari 2010 sehingga 3 Mac 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang
Tempoh Peraduan 6

(4 Mac 2010 sehingga 10 Mac 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang
Tempoh Peraduan 7

(11 Mac 2010 sehingga 17 Mac 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang
Tempoh Peraduan 8

(18 Mac 2010 sehingga 4 Mac 2010)
RM10,000 tunai dan 100,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM1,000 tunai dan 10,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM100 + 1,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 1000 pemenang

Peraduan Utama

  1. Untuk menyertai Peraduan Utama, Peserta hendaklah membuat pembelian sebanyak RM30.00 (produk bahan api dan/atau bukan bahan api) di Stesen Servis PETRONAS dan isikan borang peraduan. Penyertaan hanya sah berdasarkan pembelian tunai menggunakan Kad Mesra, kad kredit, SmartPay atau kad debit dalam satu resit. (Setiap pembelian tambahan RM30.00 dalam satu pembelian akan dianggap sebagai satu (1) penyertaan. Sebagai contoh, transaksi sebanyak RM60.00 akan dikira sebagai dua (2) penyertaan).
  2. Seberapa banyak borang peraduan boleh dihantar bersama sekeping resit asal, asalkan jumlah pembelian dalam resit tersebut mencukupi berbanding dengan bilangan borang peraduan yang dihantar. (Contohnya resit pembelian bernilai RM90.00 membolehkan Peserta menghantar tiga (3) borang peraduan.)
  3. Semua borang peraduan mestilah dilengkapkan dan dihantar bersama resit asal sebagai bukti pembelian. Sebarang borang peraduan yang dihantar tanpa resit asal terbatal secara automatik. Resit manual boleh diterima, dengan syarat ianya disertakan dengan cop rasmi Stesen Servis PETRONAS yang mengambil bahagian dan tarikh pembelian. Salinan resit atau salinan fotostat resit tidak akan diterima sebagai bukti pembelian.
  4. Borang peraduan yang dimuat turun dari laman ’web’ PETRONAS atau dalam bentul salinan hendaklah dichop oleh pekerja yang dibenarkan di setiap Stesen Servis PETRONAS.
  5. Semua borang peraduan yang lengkap hendaklah dihantar ke kotak yang disediakan di mana-mana Stesen Servis PETRONAS seluruh negara pada 28 Mac 2010, jam 2359 malam.
  6. Borang peraduan yang didapati tidak lengkap, sukar dibaca, diubah, dihantar lambat atau penyertaan yang tidak mematuhi perkara-perkara yang disebutkan akan dianggap tidak layak.
  7. Pemenang-pemenang hadiah utama bagi Peraduan ini akan ditentukan satu proses yang telah ditentukan. Keputusan PETRONAS untuk semua perkara berkaitan Peraduan (termasuk pemilihan pemenang menerusi cabutan bertuah) adalah muktamad. Sebarang surat menyurat berkaitan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
  8. Sejumlah sepuluh (10) pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama yang ditawarkan seperti yang tersenarai di bawah.
Hadiah Utama Tempoh Peraduan

(28 Januari 2010 sehingga 28 Mac 2010)
RM100,000 tunai dan 1,000,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang
RM10,000 + 1,000,000 Mata Ganjaran Kad Mesra X 5 pemenang

Syarat-syarat Tambahan

  1. Senarai nama para pemenang juga akan disiarkan melalui akhbar tempatan dan laman web www.mymesra.com.my.
  2. Pemenang Peraduan Utama dan Peraduan Mingguan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan selanjutnya yang akan ditentukan oleh pihak PETRONAS.
  3. Semua hadiah yang dimenangi mesti dituntut dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh pengumuman nama pemenang yang tersebnarai di perkara 20 diatas. Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain atau pakej.
  4. PETRONAS berhak mengganti mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama atau lebih tinggi nilainya, sekiranya perlu tanpa sebarang notis pemberitahuan.
  5. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik.  Setiap pemenang layak menerima satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
  6. PETRONAS berhak menentukan spesifikasi hadiah-hadiah dan semua keputusan adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai Peraduan di atas, setiap pelanggan dengan secara otomatik bersetuju dan menerima semua terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub dan bersetuju bahawa keputusan PETRONAS berhubung Peraduan dan segala hal-hal yang berkaitan adalah muktamad dan sebarang rayuan, pertanyaan dan surat menyurat tidak akan dilayan.
  8. PETRONAS berhak membatalkan sebarang penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah diberi sekiranya berlaku sebarang perlanggaran syarat-syarat atau peraturan Peraduan ini.
  9. PETRONAS berhak membatalkan, memendekkan, menyambung, menggantung sementara atau menamatkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. PETRONAS berhak meminda sebarang syarat dan peraturan Peraduan pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan kesangsian, sebarang pembatalan, penyambungan, penggantungan atau penamatan tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tempoh Peraduan tidak melayakkan Peserta yang mengambil bahagian untuk membuat sebarang tuntutan terhadap PETRONAS bagi setiap kerugian atau kerosakan yang dialami atau berlaku terhadap Peserta sebagai hasil daripada pembatalan, penyambungan, penggantungan atau penamatan tersebut.
  10. PETRONAS berhak menggunakan sebarang maklumat peribadi, termasuk gambar-gambar dan dokumen Pemegang Kad, peserta dan/atau pemenang Peraduan dan gambar-gambar yang diambil ketika majlis penyampaian hadiah untuk tujuan publisiti atau pemasaran di masa hadapan tanpa sebarang pembayaran, pertimbangan atau notis.
  11. PETRONAS tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan kerugian atau kemusnahan harta atau sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat daripada atau berhubung kait dengan Peraduan ini atau hadiah-hadiah yang diberikan di dalam Peraduan ini.
  12. Terma dan syarat-syarat ini adalah berkuatkuasa mengatasi segala kandungan atau represantasi lain yang terdapat di dalam risalah atau apa-apa dokumen yang berkait dengan tujuan promosi atau pengiklanan dalam Peraduan ini.
  13. Sekiranya terdapat percanggahan pada syarat-syarat dan peraturan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan.
  14. Sebarang pertanyaan, sila hubungi MESRALINK di talian 1 300 88 8181.