PETRONAS SMARTPAY CARD (BM)
Kad Korporat SmartPay boleh dimiliki oleh pemilik kenderaan fleet yang menggunakan gasoline melebihi RM10,000 sebulan. Dengan SmartPay, anda boleh mengawal pembelian produk di mana-mana Stesen PETRONAS yang mengambil bahagian.

Kad ini membolehkan anda mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan produk di stesen kami. Ini termasuklah petrol, diesel, dan semua barangan lain yang dijual di Kedai Mesra kami.
Pilihan yang disediakan:

Jenis ‘A’ (Kad Individu)
  • Sesuai digunakan oleh pemandu yang hanya memandu sejenis kenderaan sahaja.
  • Nombor PIN akan diberi untuk tujuan keselamatan.
  • Nama pemilik kad akan tertera di atas kad.
Jenis ‘C’ (Dua Kad)
  • Sesuai digunakan oleh sekumpulan pemandu yang memandu pelbagai jenis kenderaan.
  • Pemandu mesti menunjukkan dua kad iaitu ‘Kad Pemandu’ dan juga ‘Kad Kenderaan’ untuk melengkapkan transaksi.
  • Nama pemandu hanya akan tertera di atas ‘Kad Pemandu’ sahaja.
  • Untuk tujuan keselamatan, nombor PIN hanya akan diberikan kepada ‘Kad Pemandu’ sahaja.
Lebih Keistimewaan dengan SmartPay

Keahlian Percuma

Tiada yuran penyertaan ataupun yuran tahunan yang dikenakan.

Mudah & Efisien

SmartPay membolehkah sesuatu transaksi itu menjadi lebih mudah dan cepat. Untuk transaksi seterusnya, anda hanya perlu slotkan kad ke dalam alat pembaca kad di pam.

Kawalan Kos

Pada setiap akhir bulan, anda akan menerima penyata ringkasan semua perbelanjaan yang telah anda lakukan di dalam bulan tersebut. Ringkasan ini termasuklah semua maklumat yang berkaitan dengan setiap pembelian yang dilakukan oleh pemegang kad, jenis kenderaan dan juga jabatan.Jadi anda boleh memeriksa butiran setiap pebelanjaan yang telah dilakukan dengan lebih mudah.

Kredit tanpa Faedah selama 30 Hari

Anda akan menikmati harga biasa untuk semua transaksi dan anda perlu menjelaskannya dalam masa 30 hari daripada tarikh Penyata Akaun.

Fleksibel

Jenis produk, termasuklah jumlah pembelian bagi setiap bulan, boleh ditentukan (dihadkan) terlebih dahulu.

Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan Kad SmartPay PETRONAS.

FAQ

S: Siapakah yang layak memohon Kad Korporat SmartPay?
J: Mana-mana syarikat, firma ataupun organisasi yang jumlah penggunaan gasoline bulanannya melebihi RM10,000 layak untuk memohon.

S: Bagaimanakah boleh saya memohon Kad Korporat SmartPay?
J: Lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan ke:

Customer Management
Card Services Department
PETRONAS Dagangan Berhad
Level 25, Tower 2
PETRONAS Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

S: Dokumen apakah yang perlu disertakan bersama borang permohonan tersebut?
J: Sila rujuk kepada jadual di bawah.

DOKUMEN SOKONGAN
JENIS DOKUMEN

Berhad/Sdn. Bhd.

  • Borang 8 atau 9 (atau 13)
  • Borang 24 & 49
  • Memorandum & ‘Article of Understanding’
  • Penyata tahunan terkini atau akaun yang telah diaudit
  • Penyata bank 3 bulan terkini

Prabayar

  • Borang 8 atau 9 atau Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D)

Milikan Tunggal /
Perkongsian

  • Borang A atau B
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D)
  • Akaun terkini yang telah diaudit / Borang J cukai pendapatan
  • Penyata bank 3 bulan terkini

S: Berapa banyakkah Kad Korporat SmartPay boleh saya mohon?
J: Bergantung kepada jumlah kenderaan fleet yang anda uruskan.

S: Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memproses satu-satu permohonan?
J: Dalam masa seminggu selepas kami menerima borang permohonan yang lengkap daripada anda.

S: Bolehkah jumlah pembelian dan produk/perkhidmatan di hadkan bagi setiap pemandu/kenderaan?
J: Ya. Anda boleh menentukan had pembelian mengikut hari ataupun mengikut bulan dan juga jenis produk/perkhidmatan yang dibolehkan bagi setiap pemandu/kenderaan.

S: Bolehkah kad tersebut digunakan selama 24 jam sehari?
J: Ya. Hanya pastikan Stesen PETRONAS yang anda kunjungi tersebut beroperasi 24 jam.

S: Bagaimana jika pengguna Kad Korporat SmartPay bertukar kenderaan?
J: Tuliskan surat kepada kami. Kami akan mengeluarkan kad yang baru kepada anda secepat mungkin.

S: Apakah jenis penyata yang akan diterima oleh pelanggan-pelanggan SmartPay?
J: Terdapat 5 jenis penyata yang berbeza. Sila rujuk jadual di bawah untuk jenis-jenis penyata yang ada.

JENIS - JENIS PENYATA
JENIS KEGUNAAN

Penyata Akaun

  • Sebagai bil bulanan
  • Ringkasan pembelian terkini

Penyata Pengurus Fleet

  • Ringkasan belian terkini untuk setiap kenderaan.

Penyata Analisis Kenderaan

  • Transaksi lengkap yang terkini untuk setiap kenderaan.

Ringkasan Produk

  • Menunjukkan jumlah pembelian produk secara total (dalam RM) dan kuantiti (dalam liter)

S: Bagaimanakah saya boleh menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan?
J: Hubungi “Mesralink”di:
Tel: 1-300-88-8181
Fax: 1-300-88-8383
E-mail: mesralink@petronas.com.my

Untuk lebih informasi mengenai Kad SmartPay PETRONAS, klik di sini.