| Forgot Password | Register
Search

Overview
Management Committee
PETRONAS Websites
Office & Station Locator

Product & Services

News & Events
Financial Highlights
Annual Reports
Bursa Announcements

Feedback Form

Contact Us
Service Station Locator

Pelancaran Program Rakan Cop Di Stesen Servis PETRONAS Wilayah Utara Dua

30 Oct 2007

SIMPANG PULAI, 30 OKTOBER - Seramai 70 orang pengusaha Stesen Servis PETRONAS dari seluruh Cameron Highlands (Pahang) dan Ulu Bernam, Selangor hari ini berganding bahu menyertai program Rakan Cop Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengurangkan insiden kecurian dan rompakan di stesen minyak.

Melalui program tersebut, para pengendali Stesen Servis PETRONAS - yang juga dikenali sebagai Rakan Niaga Stesen Servis PETRONAS - serta lebih 450 para kakitangan stesen minyak dari seluruh kawasan tersebut telah mendaftarkan diri untuk menyertai Program Rakan Cop tersebut.

Pelancaran program tersebut telah dirasmikan hari ini oleh Ketua Polis Perak, YBhg Dato’ Zulkifli Abdullah di Stesen Servis PETRONAS Simpang Pulai ( Arah UTARA) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini. Turut hadir di majlis yang sama ialah Pengurus Besar, Jabatan Jualan Runcit dan Operasi PETRONAS Dagangan Berhad, Tuan Haji Idris Omar.

Menurut Tuan Haji Idris, sejajar dengan perkembangan perniagaan runcit syarikat, PETRONAS Dagangan Berhad amat memandang berat terhadap kes rompakan dan kecurian yang dilaporkan kian meningkat sejak kebelakangan ini. Justeru, Rakan Cop dilihat sebagai medium perantara yang berkesan untuk mempercepatkan tindakbalas PDRM ke atas sebarang kes jenayah.

“Pembabitan PETRONAS Dagangan Berhad di dalam program Rakan Cop ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kesihatan, Keselamatan da Alam Sekitar (HSE) PETRONAS Dagangan Berhad yang bertujuan untuk mengurangkan insiden-insiden seperti kecurian dan rompakan di stesen minyak, khususnya di Stesen Servis PETRONAS,” katanya.

Ini kerana PETRONAS Dagangan Berhad sebagai sebuah subsidiary syarikat minyak negara PETRONAS amat menitik-beratkan peranannya dalam memastikan pengurusan HSE yang mantap di setiap lokasi di mana syarikat beroperasi, termasuklah di Stesen Servis-Stesen Servis PETRONAS di seluruh negara.

Hari ini, terdapat lebih 860 Stesen Servis PETRONAS yang beroperasi di segenap pelusuk Malaysia, di mana 77 terdapatnya terletak di Wilayah Utara 2.

“ Faktor keselamatan warga kerja Stesen Servis PETRONAS dan para pelanggan sentiasa dititikberatkan di dalam operasi perniagaan harian kami, di mana program Rakan Cop telah dikenalpasti sebagai salah satu cara yang berkesan untuk memastikan stesen-stesen minyak kami berada di dalam tahap keselamatan yang baik dan terjamin,” jelas Tuan Haji Idris.

Justeru itu, PETRONAS Dagangan amat berharap agarkes-kes sedemikian dapat dicegah daripada berlaku di Stesen Servis PETRONAS melalui pembabitannya di dalam program Rakan Cop tersebut, katanya lagi.



Back