| Forgot Password | Register
Search

Overview
Management Committee
PETRONAS Websites
Office & Station Locator

Product & Services

News & Events
Financial Highlights
Annual Reports
Bursa Announcements

Feedback Form

Contact Us
Service Station Locator

NOTIS PENAMATAN - Program Kad Mesra-RealRewards

Pelanggan Yang Dihargai,

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami akan melancarkan Program Kesetiaan PETRONAS Mesra (PETRONAS Mesra Loyalty Programme) yang baru pada 1 Mei 2009, untuk menggantikan program kesetiaan Kad Mesra-RealRewards yang pada masa ini diuruskan oleh Electronic Commerce Technology Sdn Bhd (ECT/RealRewards).

Sehubungan itu, kami ingin memberi notis penamatan program Kad Mesra-RealRewards, di mana Kad Mesra-RealRewards anda tidak lagi akan diterima di semua stesen PETRONAS dan rakan-rakan niaga RealRewards mulai 1 Mei 2009.

Untuk menjadi ahli Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru, anda boleh terus mendapatkan kad baru anda dengan mengisi borang permohonan Program Kesetiaan PETRONAS Mesra/Pemindahan/ Penebusan Mata Ganjaran (“Borang Permohonan”) di mana-mana stesen PETRONAS mulai 20 April 2009.

Anda juga boleh membuat pilihan berikut bagi memudahkan proses peralihan ke program baru:

Pilihan 1 - Pemindahan Mata Ganjaran

  • Pindahkan terus Mata Ganjaran terkumpul anda ke Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru;
  • Hanya Mata Ganjaran yang diperolehi dari stesen PETRONAS sahaja layak untuk dipindahkan ke Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru; dan
  • Anda hanya perlu melengkapkan Borang Permohonan dan menyerahkannya ke stesen PETRONAS yang berdekatan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009.

ATAU

Pilihan 2 - Penebusan Mata Ganjaran

  • Tebus Mata Ganjaran anda untuk barangan terpilih dari katalog RealRewards dengan melengkapkan Borang Permohonan dan menyerahkannya ke stesen PETRONAS yang berdekatan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009; atau
  • Tebus Mata Ganjaran anda untuk barangan yang terdapat dalam katalog RealRewards melalui rangkaian penebusan RealRewards di bawah selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009:
    1. Laman web RealRewards di www. realrewards.com.my; atau
    2. Talian Khidmat Pelanggan RealRewards melalui 03 - 8023 2626.
  • Baki Mata Ganjaran anda (jika ada) tidak akan dipindahkan ke Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru. Anda adalah dinasihatkan untuk menebus kesemua Mata Ganjaran anda.

Sila maklum, bahawa pilihan-pilihan di atas adalah tertakluk kepada:-

  1. Pemberian Mata Ganjaran melalui program Kad Mesra-RealRewards akan berakhir pada 30 April 2009;
  2. Mata Ganjaran terkumpul anda akan dilupuskan sekiranya anda gagal menyerahkan Borang Permohonan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009;
  3. Pemindahan Mata Ganjaran adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
    1. Ketepatan maklumat keahlian yang disahkan oleh ECT/RealRewards;
    2. Mata Ganjaran yang didapati tidak sah menurut Terma dan Syarat program Kad Mesra-RealRewards akan dikecualikan; dan
    3. Perkara-perkara lain yang termaktub dalam Terma dan Syarat program Kad Mesra- RealRewards juga akan diguna-pakai.
  4. Untuk Mata Ganjaran yang diperolehi daripada mana-mana rakan niaga RealRewards (selain dari PETRONAS), anda boleh memilih untuk memindahkan Mata Ganjaran tersebut kepada ECT/RealRewards dengan menyerahkan borang permohonan Kad RealRewards kepada ECT/RealRewards selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009. Mata Ganjaran tersebut akan dilupuskan sekiranya anda gagal menyerahkan borang permohonan tersebut sebelum tarikh di atas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan RealRewards melalui 03 - 8023 2626;
  5. Sila beri tempoh sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari dari tarikh penyerahan borang untuk proses pemindahan Mata Ganjaran. Mata Ganjaran yang dipindahkan tidak boleh ditebus sepanjang tempoh masa tersebut.

Untuk makluman, Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru ini adalah hakmilik PETRONAS Dagangan Berhad sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan dengan ECT/RealRewards atau mana-mana pihak ketiga.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 1 300 22 8888.

Akhir sekali, kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Sekian, terima kasih.

Md Fadzlan Abd Samad
Pengurus Besar Kanan
PETRONAS Dagangan Berhad

 
More news