| Forgot Password | Register
Search

Overview
Promotions MM Active Blog Centre Movie Galore
Forum Gamecenter

Feedback

FAQs
MM BLOG SHOUTBOX
MM Active Blog Forum Movie Galore MM Gamescenter
 
PEROMPAK bersama ANDA sentiasa!!!!!!!
MyMesra Forum Index  » General Discussions  » In The News Search Search
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Master razaime
Joined: 02 Jul 2007
Post Posted: Mon Aug 13, 2007 2:38pm   Post subject: PEROMPAK bersama ANDA sentiasa!!!!!!!

Teknik guna pakai perompak


Awas !!!


AWAS !! Teknik terbaru merompak pemandu kereta
 
Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk
merompak anda dan kereta anda.
 
1) Selit kertas/cardboard/ akhbar di wiper cermin belakang
 
Satu kejadian telah berlaku dimana seorang pemandu masuk kedalam
keretanya; buka gear lock, steering lock, start engine dan bersedia
untuk memandu apabila ia melihat melalui back mirror dan ternampak satu
keratin akhbar yang diselit di wiper cermin belakang. Beliau keluar dari kereta untuk membuang keratan akhbar itu dan diwaktu itu
tiga orang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu pemandu tersebut. Pemandu itu dipukul, dirompak dan keretanya dirampas (perhatikan
bahawa engine kereta tersebut sedang running). .. Tambahan pula perompak telah merampas wallet dan beg pemandu tersebut (yang
mengandungi kunci rumah) dan mereka boleh terus kerumah pemandu malang itu untuk seterusnya merompak rumah beliau pula..!!! Pemandu
malang itu pastinya tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia hanya terbaring kesakitan dan tiada handphone untuk membuat panggilan kerana
sudah dirampas perompak .
 
Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA !!! Kemungkinan untuk dirogol dan dibunuh lebih tinggi...Dari itu, sebelum anda meneruskan
 pemanduan, pastikan:
 
· Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan belakang kereta anda
 
· Apabila masuk kedalam kereta, perkara pertama yang MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah
hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)
 
· Pastikan Handphone "on" sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan
nombor balai polis didalam handphone anda.
 
2) Kertas suratkhabar dijalan raya
 
Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup
dengan suratkhabar/ kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggar
kertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan
pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/ van yang
menawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan
keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya
sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi
 
!!!! Oleh itu antara tips penting ialah :
 
· Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatan
dengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll. JANGAN melulu keluar dari kereta . Terlebih dahulu telefon POLIS .
Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/ saudara-mara dsbgnya . Beritahu polis dan mereka tentang
dimana lokasi anda berada sekarang. Jika terdapat kenderaan yang
tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja. Jangan sesekali keluar dari
kenderaan anda !! Buka cermin sedikit dan minta IC mereka. Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka. Call polis sekali lagi
untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka). Pada setiap masa tersebut pastikan
kereta anda didalam CENTRAL LOCK
 
· Tetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika
tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk "menghulurkan bantuan" maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM
/ AIM dsbgnya untuk membantu anda). Duduk didalam kereta sambil menunggu
mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan
nyawa dan harta benda anda. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.
 
· Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam anda dan memaksa anda keluar dari kereta,
maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi. Mudah-mudahan ia akan
 menarik perhatian orang ramai.
 
Ini bukan rekaan atau spekulasi. Kejadian -kejadian ini telah dan akan
berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya. Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya
kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend,ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain.
 
 
 
 
Bersama ini ada disertakan attachment nombor telefon pihak berkuasa
untuk rujukan anda. Save nombor-nombor tersebut dalam handphone anda. Kalau boleh, print hard copy dan letak dirumah, pejabat dan satu
salinan didalam kereta anda.
 


Nombor Telefon Pejabat POLIS
 
Cawangan Bandar 03-2072 9044
Cawangan Traffik 03-4293 2763
Bukit Aman 03-2262 6222
Ampang 03-4252 2222
Pandan Indah 03-9274 2222
Cheras 03-9284 2222
Dang Wangi 03-2070 2222
Brickfields 03-2274 2222
Petaling Jaya 03-7956 2222
Klang 03-3371 2222
Shah Alam 03-5510 2222
Gombak 03-6138 5222
JOHOR 07-2254 422
MELAKA 06-2854 222
N. SEMBILAN 06-7635 522
PAHANG 09-5902 222
PERAK 05-2451 500
PENANG 04-2221 522
PERLIS 04-9082 222
KEDAH 04-7741 222
KELANTAN 09-7455 622
TRENGGANU 09-6354 722
SABAH 088-212 222
SARAWAK 082-245 522

Back to Top 
Page 1 of 1
Display topics from previous:   
Jump to: