| Forgot Password | Register
Search

Overview
Promotions MM Active Blog Centre Movie Galore
Forum Gamecenter

Feedback

FAQs
MM BLOG SHOUTBOX
MM Active Blog Forum Movie Galore MM Gamescenter
 
2 projek besar di China
MyMesra Forum Index  » General Discussions  » In The News Search Search
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Master mimie_a91
Joined: 22 May 2005
Post Posted: Wed Nov 01, 2006 1:13am   Post subject: 2 projek besar di China

2 projek besar di China -- * Eksport enjin kereta Petronas * Bekal LNG RM94.7 bilion

Daripada Aziz Ishak


PERDANA Menteri China, Wen Jiabao mempersilakan Abdullah Ahmad Badawi memasuki bilik perbincangan sebelum bermula Sidang Kemuncak Peringatan China-ASEAN Ke-15 di Nanning, China, semalam. Pemimpin China itu mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua kerajaan sebelum perbincangan rasmi sidang kemuncak dua hari tersebut yang berakhir hari ini. – Bernama.

NANNING 30 Okt. – Petronas mencatatkan dua pencapaian besar apabila China bersetuju menggunakan enjin kereta yang dibangunkan syarikat minyak itu untuk tujuan pengeluaran komersial dan pembekalan gas asli cecair (LNG) bernilai RM94.7 bilion.

Enjin 16 injap itu dibangunkan sepenuhnya oleh kepakaran Malaysia meliputi kapasiti 1.8, 2.0 dan 2.2 liter dengan pengeluaran untuk 100,000 buah kereta setiap tahun.

Ia memenuhi standard Euro 5 dan mempunyai kualiti tinggi dengan potensi komersial untuk pasaran antarabangsa.

Selain enjin, Petronas juga akan membekalkan kepada China sebanyak 3.03 juta tan metrik LNG bagi tempoh 25 tahun, bermula tahun 2009.

Pembekalan itu bernilai AS$25 bilion (RM94.7 bilion) pada harga semasa.

Kejayaan Petronas menembusi pasaran China itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Wen Jiabao di sini hari ini, sempena Sidang Kemuncak Peringatan China-ASEAN Ke-15.

‘‘Kerana kualiti yang baik, pihak China bersetuju menggunakan enjin ini dan mahu melaksanakan operasi pengeluarannya (untuk dikomersialkan),’’ katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.

Pengeluaran kereta tersebut akan dilakukan oleh firma terkemuka China iaitu Nanjing Automobile Corporation.

Abdullah menambah, Malaysia berbangga dengan pencapaian Petronas dan ia merupakan satu kejayaan besar dalam bidang automotif. Malah dalam nada gurauan, beliau berkata: “Mula jual minyak, lepas itu jual enjin.”

Perjanjian LNG pula dimeterai oleh anak syarikat Petronas, Malaysia LNG Tiga Sdn. Bhd. dan Shanghai LNG Company Ltd. pada 31 Julai lalu.

Ia merupakan kontrak terbesar antara kedua-dua negara.

Abdullah menambah, ia merupakan satu lagi kejayaan besar kepada Petronas dan perkembangan yang baik kepada kejayaan hubungan dua hala Malaysia-China.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Presiden Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Merican.

Hassan ketika ditemui wartawan secara ringkas memberitahu, LNG itu akan dieksport dari Bintulu di Sarawak ke Shanghai.

Menurut beliau, enjin kereta itu dibangunkan Petronas hasil daripada program penyelidikan dan pembangunan sejak penglibatan dalam Formula Satu.

Di KUALA LUMPUR, Petronas dalam satu kenyataan di sini berkata, ia menandatangani perjanjian dengan Nanjing Automobile dan Brilliant Culture Group Ltd. (BCG) untuk menghasilkan enjin Petronas E01 bagi tujuan komersial.

Menurutnya, projek itu dijadual bermula Disember tahun ini.

Mengikut perjanjian itu, Petronas bertindak sebagai penyedia teknologi dan bakal memberi sokongan melalui pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia.

Nanjing Automobile adalah syarikat milik kerajaan China manakala BCG adalah firma perunding yang akan menjadi pelabur secara bersama dengan Nanjing Automobile dalam menyediakan kemudahan pengilangan bagi enjin tersebut.

Petronas, Nanjing Automobile dan BCG telah menandatangani surat tawaran awal untuk menggunakan enjin Petronas E01 pada bulan September tahun lalu.

EO1 yang dihasilkan daripada pembabitan Petronas dalam Formula One adalah enjin aluminium menggunakan petrol dan mempunyai reka bentuk yang kompak.

Ia merupakan enjin empat silinder dengan 16 injap, aci sesondol berkembar (DOHC), injap pemasaan boleh ubah (VVT) dan sistem pengurusan enjin (EMS).

Sementara itu, Petronas menyatakan bahawa pemeteraian urus niaga LNG dengan Shanghai LNG itu merupakan titik mula penglibatan syarikat minyak kebangsaan dalam pasaran tenaga China.

Shanghai LNG merupakan sebuah syarikat usaha sama antara Shenergy Group Ltd. dan CNOOC Gas & Power, anak syarikat milik penuh China National Offshore Oil Corporation, masing-masing dengan kepentingan sebanyak 55 peratus dan 45 peratus.

LNG itu akan dihantar ke terminal penerimaan Shanghai LNG di Pulau Zhong Ximentang, Shengsi di Wilayah Zhejiang yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2009, kata kenyataan tersebut.

“LNG itu pula akan dibekalkan oleh Kompleks LNG Petronas di Bintulu, kemudahan LNG bersepadu terbesar dunia yang terletak di dalam satu kawasan.

“Secara keseluruhannya, kompleks itu memiliki keupayaan untuk mengeluarkan kira-kira 23 juta tan LNG setahun,” kata kenyataan itu lagi.


Back to Top 
Junior syams72
Joined: 16 Oct 2002
Post Posted: Sun Nov 19, 2006 2:11am   Post subject: Kita berbangga

Kita patut berbangga dengan kejayaan syarikat-syarikat Malaysia ... terutamanya kepakaran tenaga-tenaga anak tempatan ... Hidup Malaysia!
Back to Top 
Page 1 of 1
Display topics from previous:   
Jump to: